Kebenaran Islam & Keajaiban Al-Quran

Posted On // Leave a Comment
Dr Tariq Al-Suwaidan
Dr Tariq Al-Suwaidan

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan:

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13
Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).
Jika dibuat kira-kira mudah :
Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.
Masih ragu-ragu? Masuk Sini untuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.
[Read more]

MENCINTAI ALLAH DAN RASUL-NYA

Posted On // Leave a Comment
Maka termasuk dalam memperjuangkan / meneguhkan pegangan As-Sunnah itu ialah umat Islam menyemaikan diri dengan sifat mencintai Allah dan Rasul-Nya, di mana tanpa rasa cinta, sebenarnya tidak akan lahir kesempurnaan keikhlasan dari jiwa seseorang itu dalam ia mentauhidkan serta beriman kepada Allah dan tidaklah akan menjadi sempurna amal ibadat yang dikerjakan dengan tidak ada kecintaan dan keikhlasan dari seorang yang mengaku dirinya Islam. Sabda Rasulullah saw.:

قَالَ رسول الله : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَبِهِنَّ حَلاوَةَ الاِيْمَان اَنْ يَكُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَاَنْ يُحِبَّ الْمَرْأ لايُحِبُّهُ اِلاَّ لِلَّه وَاَنْ يَكْرَهَ اَنْ يَعُوْدَ اِلَى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ اِذْ اَنْقَذَفَ فِيْ النَّارِ

“Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, (3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

عَنْ اَنَسٍ اَنَّ رسول الله قَالَ : لا يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Dua hadits yang jelas menerangkan tentang pentingnya kecintaan itu dipimpin ke jalan yang diredhai iaitu mendahulukan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang dari sinilah seorang manusia itu akan berjaya melahirkan keikhlasan dan kesucian hati dalam dirinya. Bahaya manusia yang gagal membina rasa cinta yang didahulukan Allah dan Rasul-Nya adalah ia tidak dapat menghayati kemanisan Iman dan sukar menerima / mengharungi cubaan daripada Allah. Seorang yang tidak wujud kecintaan dan keikhlasan kepada Rabb-nya merasakan kehidupan yang mencabar dengan berbagai rintangan di dunia ini sebagai satu penghalang untuk ia menikmati kelazatan dunia, yang akhirnya hati yang tidak tenteram itu akan memilih jalannya sendiri dalam mengharungi kehidupannya walaupun bergelumang dengan dosa. Baginya nikmat kehidupan dunia adalah sangat penting dituntut dan kehidupannya lebih kepada keduniaan daripada mencari keredhaan Allah. Firman Allah :

وَاِذَا اَنْعَمْنَا عَلَى الاِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَئَابِجَانِبِهِ وَاِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوْسًا


“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (daripada bersyukur) dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.” Surah Al-Isra’ ayat 83 [17:83]

Ini adalah suatu keadaan yang boleh kita lihat di sekeliling kita, bagi yang berharta / hidup mewah, sebahagian besar dari mereka semakin jauh dari kebenaran syariat Islam, mula leka dengan mengejar harta dan tanggungjawab beragama semakin terabai akhirnya mereka menjadi manusia yang hilang arah dan bila teruji dengan kegagalan dan sebagainya, mereka akan kecewa dan berputus asa dari rahmat Allah. Sebabnya, mereka belum mengenal Allah dengan jalan yang benar iaitu menurut As-Sunnah hanya dengan jalan bertaklied atau pun telah melalui jalan yang benar lalu terpesong dari kebenaran tersebut, lalu mereka teraba-raba mencari perlindungan dengan hati yang penuh kegelisahan dan kehancuran. Maka berbahagialah orang-orang yang diuji mereka dengan kekayaan dan mereka berjaya menghadapinya dan memanfaatkan kekayaan itu di jalan Allah, sebenarnya amatlah sukar untuk manusia berjaya menempa kekayaan dan menggunakannya di jalan Allah, sebagaimana sabda Rasulullah saw.:

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ عَنِ النَّبِيِّ ص قَالَ: اِطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَاَيْتُ اَكْثَرَ اَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَاَيْتُ اَكْثَرَ اَهْلِهَا النِّسَاءَ


Dari Imran bin Hushain r.a. dari Nabi saw., beliau bersabda : “Saya melihat ke dalam syurga, dan saya lihat kebanyakan isinya ialah orang orang fakir. Saya melihat pula ke dalam neraka, saya lihat kebanyakan isinya orang orang perempuan.”
Hadits shahih Bukhari.

Tidak sedikit yang bercita cita murni untuk mencari kekayaan dan memanfaatkan di jalan Allah, tetapi bila telah memperolehinya mereka merasa sayang dan takut kehabisan harta tersebut, lalu syaitan membisikkan berbagai hasutan sehingga akhirnya mereka tertipu dengan kehidupan dunia dan mati dengan suasana rugi dan sia sia. Kemiskinan yang kita hadapi janganlah dijadikan alasan untuk tidak belajar ilmu agama dan menyempurnakan amal ibadat kerana sebenarnya ahli syurga itu kebanyakan adalah dari kalangan orang yang fakir/miskin. Sabda Rasulullah saw.:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ: قِيْلَ : يَا رَسُوْلَ الله مَنْ اَكْرَمُ النَّاسِ ؟ قَالَ: اَتْقَاهُمْ.

Dari Abu Hurairah r.a.: Ada orang bertanya : ‘Hai Rasulullah ! Siapakah manusia yang termulia ?’ Beliau menjawab : “Yang paling bertakwa kepada Allah (mematuhi perintahnya).” Hadits shahih Bukhari.

Di mana kemiskinan bukanlah satu kehinaan dalam Islam dan kekayaan bukanlah pula satu kemuliaan, semua itu adalah satu ujian dari Allah yang kita hadapi di dunia ini yang akan dipertanggungjawabkan pula di akhirat. Dan apabila kita berjaya melakukan tanggungjawab sehingga menjadi manusia yang mematuhi perintah-Nya itulah sebenarnya orang yang termulia. Jangan di dunia kita miskin harta benda dan bila mati kita miskin pula amal ibadat, carilah peluang yang ada dari kehidupan ini untuk mengaut sebanyak mana kebajikan yang disyariatkan Allah, moga kita berbahagia di kehidupan akhirat. Sabda Rasulullah saw.:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الاِمَامُ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِيْ اَهْلِهِ وَهُوَ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِيْ بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْؤُوْلَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِيْ مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Tiap-tiap seorang daripada kamu itu pengurus dan tiap-tiap seorang dari kamu akan diperiksa dari hal urusannya. Tiap-tiap seorang raja/pemimpin itu pengurus dan akan diperiksa ia dari hal urusannya, dan tiap-tiap seorang lelaki itu pengurus tentang ahli keluarganya dan dia akan diperiksa dari hal urusannya, tiap-tiap seorang perempuan itu pengurus di rumah tangga suaminya dan akan diperiksa dia dari hal urusannya, tiap-tiap khadim (buruh) itu pengurus tentang harta benda tuannya dan dia akan diperiksa dari hal urusannya, dan tiap-tiap seorang dari kamu pengurus dan akan diperiksa dia dari hal urusannya. Riwayat Bukhari

Apabila kita mengaku bermanhaj As-Sunnah, maka hendaklah kita buktikan bahawa kita sebenarnya adalah seorang yang benar-benar bermanhajkan As-Sunnah, tidak cukup sekadar ucapan tetapi hendaklah dilaksanakan tanggungjawab sebagai umat Muhammad yang patuh dan benar berada di atas jalan yang diredhai. Sekadar melahirkan kata kata dan mengajak orang kepada As-Sunnah sedangkan kita sendiri mengabaikan sekian banyak amalan sunnah Rasul, ini adalah perbuatan yang tidak lain akan mencampakkan kita ke neraka sebagaimana sabda Rasulullah saw.:

عَنْ اُسَامَةَ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله ص يَقُوْلُ: يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ اَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُوْرُ كَمَا يَدُوْرُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ اَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُوْلُوْنَ أَى فُلاَنُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَانَا عَنِ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوْفِ وَلاَ آتِيْهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيْهِ

Dari Usamah katanya : Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda : “ Ada seorang lelaki dihadapkan pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya, kemudian ia berputar putar sebagaimana keldai berputar putar di sekeliling gilingan. Isi neraka lalu berkumpul di sekelilingnya, sambil berkata : ‘Hai Fulan !’ “Bagaimana keadaan engkau ? Bukankah engkau pernah menyuruh kami berbuat baik dan melarang kami berbuat jahat ?” Jawab orang itu : “Saya pernah menyuruh kamu berbuat baik, tetapi saya sendiri tiada mengerjakannya. Saya pernah mencegah kamu berbuat jahat, tetapi saya sendiri mengerjakannya.” Hadits shahih Bukhari .

Ingatlah dalam kita berpegang dengan As-Sunnah tidak cukup sekadar kata kata yang kita menerimanya, tetapi hendaklah kita buktikan dengan memperjuangkannya bersungguh sungguh. Bagi kita yang telah menjadi bapa, ibu atau datuk hendaklah kita buktikan dan contohkan kepada anak cucu kita dari hal kebenaran As-Sunnah dan jangan kita sendiri yang mengingkarinya setelah kita menyampaikan larangan di atas sesuatu hal yang telah jelas bertentangan dengan As-Sunnah. Sebagai contoh jika telah jelas mengkhususkan bacaan Yasin pada malam Jumaat atau hari Jumaat itu adalah bid’ah dhalalah (tambahan yang sesat), sekali kita telah melarangnya jangan kita kendur atau akhirnya kita bersama dengan perbuatan yang haram seperti itu, ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada keluarga kita. Bid’ah itu harus kita tentang menurut kemampuan yang kita ada bukannya kita menghampirinya. Firman Allah :

وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ والتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوْا عَلَى الاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan ketaqwaan. Dan janganlah kamu tolong menolong atas kemaksiatan dan permusuhan.” Surah Al-Maidah ayat 2 [5:2]

Seorang itu walaupun kuat bermanhajkan As-Sunnah mungkin akan mengerjakan perbuatan bid’ah jika ia selalu bersama golongan ahli bid’ah kerana terjerat dengan rancangan ahli bid’ah. Sebagai contoh bila ahli bid’ah mengangkat kita menjadi pengerusi sesuatu majlis yang dihadiri oleh sekian banyak ahlinya dari golongan bid’ah, maka untuk mengambil hati mereka mungkin kita akan memulakan majlis itu dengan bacaan Al-Fatihah yang pada pendapat kita kalau bid’ah pun ‘sikit saja’. Firman Allah :

فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا اُمِرْتَ وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَآءَهُمْ


“Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikut hawanafsu mereka.”
Surah Asy-Syuraa ayat 15 [42:15]

وَاَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا اَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ اَنْ يَفْتِنُوْكَ عَنْ بَعْضِ مَا اَنْزَلَ اللهُ اِلَيْكَ ......


“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati hatilah kamu terhadap mereka supaya tidak mereka memfitnahkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu ........” Surah Al-Maidah ayat 49 [5:49]

Tidak kira apa jenis bid’ah, baik yang bid’ahnya sampai ke tahap kufr Al- Akbar (kafir besar) atau pun bid’ah tidak sampai ke tahap kafir, sebagai umat yang patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, wajib kita menjauhkan diri dari bersubahat dengan mereka dalam kegiatan bid’ah sebagaimana anjuran Rasulullah saw.:

اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اِخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلُفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ

“Aku mewasiatkan kepada kamu sekelian agar bertakwa kepada Allah Azza wa jalla dan mendengar serta taat walaupun yang memerintah kamu seorang hamba Habsyi. Kerana sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ Arrasyidin al Mahdiyin (yang mendapat pertunjuk dan hidayat). Berpegang teguhlah padanya dan gigitlah ia (sekuat kuat) dengan gerahammu. Berwaspadalah kamu sekelian terhadap perkara perkara baru (di dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu adalah dalam api neraka.”
Hadits shahih riwayat Tirmidzi, Nasai dan Baihaqi.[/b]

Maka melayari hidup sebagai ahli Sunnah Wal-Jamaah itu hendaklah kita mendahulukan segala ketaatan, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya dan rela berkorban/berjihad di jalan Allah untuk memartabatkan/meninggikan perjuangan As-Sunnah yang suci lagi mulia. Firman Allah :

كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهُوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

“Kamu adalah sebaik baik umat yang telah dikeluarkan kepada manusia dengan menyuruh membuat ma’ruf (membuat yang disyariatkan) dan mencegah dari berbuat kemungkaran (yang dicegah Allah).” Surah Al-Imran ayat 110 [3:110]

Islam mewajibkan kita berada dalam jamaah agar kita kukuh, dan mempertahankan jamaah As-Sunnah sebagai punca kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam melarang kita dari berpecah belah selagi kita berada di atas manhaj yang sama dan sesungguhnya perselisihan pendapat itu sememangnya tidak dapat kita elakkan, hanya yang termampu kita lakukan adalah memilih menurut keyakinan kita berdasarkan dalil yang sah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul juga Sunnah para sahabat yang terpimpin. Sabda Rasulullah saw.:

ذَرُوْنِيْ مَا تَرَكْتُكُمْ فَاِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلاَفِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا وَمَا اَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

“Biarkan aku di atas apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan golongan yang sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan perselisihan mereka ke atas nabi nabi mereka. Oleh itu apa yang telah aku larangi kamu sekelian maka berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu kerjakan maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu.”
Hadits shahih Bukhari dan Muslim.

Demikianlah cara yang dianjurkan Islam agar kita dapat menghidupkan jamaah yang benar iaitu jamaah yang berpegang teguh kepada As-Sunnah, hendaklah kita lakukan dengan mendahulukan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya, rela mengorbankan harta, jiwa dan kehidupan untuk berjihad di jalan Allah. Tidak kita suka atau membenci sesuatu itu melainkan kerana Allah dan kita perhambakan hidup kita kerana Allah kerana itulah tujuan Allah menciptakan kita di muka bumi ini.

الله اعلم
[Read more]

A Comparison About The Islamic and Christian Views of Jesus

Posted On // Leave a Comment
The person of Jesus or Isa in Arabic (peace be upon him) is of great significance in both Islam and Christianity. However, there are differences in terms of beliefs about the nature and life occurrences of this noble Messenger.
Source of information about Jesus in Islam
Most of the Islamic information about Jesus is actually found in the Quran.
The Quran was revealed by God to Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him), and memorized and written down in his lifetime. Today, anyone who calls him or herself a Muslim believes in the complete authenticity of the Quran as the original revealed guidance from God.
Source of information about Jesus in Christianity
Christians take their information about Jesus from the Bible, which includes the Old and New Testaments.
These contain four biblical narratives covering the life and death of Jesus. They have been written, according to tradition, respectively by Matthew, Mark, Luke and John. They are placed at the beginning of the New Testament and comprise close to half of it.
Encyclopedia Britannica notes that none of the sources of his life and work can be traced to Jesus himself; he did not leave a single known written word. Also, there are no contemporary accounts written of his life and death. What can be established about the historical Jesus depends almost without exception on Christian traditions, especially on the material used in the composition of the Gospels of Mark, Matthew, and Luke, which reflect the outlook of the later church and its faith in Jesus.
Below are the views of Islam and Christianity based on primary source texts and core beliefs.


ISLAM

1. Do Muslims believe he was a Messenger of One God? YES
Belief in all of the Prophets and Messengers of God is a fundamental article of faith in Islam. Thus, believing in Prophets Adam, Jesus, Moses, and Muhammad (peace and blessings be upon them) is a requirement for anyone who calls him or herself a Muslim. A person claiming to be a Muslim who, for instance, denies the Messengership of Jesus, is not considered a Muslim.
The Quran says in reference to the status of Jesus as a Messenger:


"The Messiah (Jesus), son of Mary, was no more than a Messenger before whom many Messengers have passed away; and his mother adhered wholly to truthfulness, and they both ate food (as other mortals do). See how We make Our signs clear to them; and see where they are turning away!" (Quran 5:75).

2. Do Muslims believe he was born of a Virgin Mother? YES
Like Christians, Muslims believe Mary, Maria in Spanish, or Maryam as she is called in Arabic, was a chaste, virgin woman, who miraculously gave birth to Jesus.


"Relate in the Book the story of Mary, when she withdrew from her family, to a place in the East. She screened herself from them; then We sent to her Our spirit (angel Gabriel) and he appeared before her as a man in all respects. She said: I seek refuge from you in God Most Gracious (come not near) if you do fear God. He said: Nay, I am only a Messenger from your Lord, to announce to you the gift of a pure son. She said: How shall I have a son, when no man has ever touched me, and I am not unchaste? He said: So it will be, your Lord says: ‘That is easy for Me; and We wish to appoint him as a sign unto men and a Mercy from Us': It was a matter so decreed" (Quran 19:16-21).

3. Do Muslims believe Jesus had a miraculous birth? YES
The Quran says:


"She (Mary) said: ‘O my Lord! How shall I have a son when no man has touched me.' He (God) said: ‘So (it will be) for God creates what He wills. When He has decreed something, He says to it only: ‘Be!'- and it is" (3:47).
It should also be noted about his birth that:


"Verily, the likeness of Jesus in God's Sight is the likeness of Adam. He (God) created him from dust, then (He) said to him: ‘Be!'-and he was" (Quran 3:59).

4. Do Muslims believe Jesus spoke in the cradle? YES


"Then she (Mary) pointed to him. They said: ‘How can we talk to one who is a child in the cradle?' He (Jesus) said: ‘Verily! I am a slave of God, He has given me the Scripture and made me a Prophet; " (19:29-30).
5. Do Muslims believe he performed miracles? YES
Muslims, like Christians believe Jesus performed miracles. But these were performed by the will and permission of God, Who has power and control over all things.


"Then will God say: ‘O Jesus the son of Mary! recount My favor to you and to your mother. Behold! I strengthened you with the Holy Spirit (the angel Gabriel) so that you did speak to the people in childhood and in maturity. Behold! I taught you the Book and Wisdom, the Law and the Gospel. And behold: you make out of clay, as it were, the figure of a bird, by My leave, and you breathe into it, and it becomes a bird by My leave, and you heal those born blind, and the lepers by My leave. And behold! you bring forth the dead by My leave. And behold! I did restrain the children of Israel from (violence to you) when you did show them the Clear Signs, and the unbelievers among them said: ‘This is nothing but evident magic' (5:110).

6. Do Muslims believe in the Trinity? NO
Muslims believe in the Absolute Oneness of God, Who is a Supreme Being free of human limitations, needs and wants. He has no partners in His Divinity. He is the Creator of everything and is completely separate from His creation.
God says in the Quran regarding the Trinity:


"People of the Book (Jews and Christians)! Do not exceed the limits in your religion, and attribute to God nothing except the truth. The Messiah, Jesus, son of Mary, was only a Messenger of God, and His command that He conveyed unto Mary, and a spirit from Him. So believe in God and in His Messengers, and do not say: ‘God is a Trinity.' Give up this assertion; it would be better for you. God is indeed just One God. Far be it from His glory that He should have a son. To Him belongs all that is in the heavens and in the earth. God is sufficient for a guardian" (Quran 4:171).

7. Do Muslims believe that Jesus was the son of God? NO


"Say: "God is Unique! God, the Source [of everything]. He has not fathered anyone nor was He fathered, and there is nothing comparable to Him!" (Quran 112:1-4).
The Quran also states:


"Such was Jesus, the son of Mary; it is a statement of truth, about which they vainly dispute. It is not befitting to the majesty of God, that He should beget a son. Glory be to Him! When He determines a matter, He only says to it, ‘Be' and it is" (Quran 19:34-35).

8. Do Muslims believe Jesus was killed on the cross then resurrected? NO


"“They did not kill him, nor did they crucify him, but they thought they did.” (Quran 4:156) “God lifted him up to His presence. God is Almighty, All-Wise” (Quran 4:157) .


CHRISTIANITY

1. Do Christians believe Jesus was a human being and Messenger of God? YES & NO
With the exception of Unitarian Christians, who like all the early followers of Jesus, still do not believe in the Trinity, most Christians now believe in the Divinity of Jesus, which is connected to the belief in Trinity. They say he is the second member of the Triune God, the Son of the first part of the Triune God, and at the same time "fully" God in every respect. 

2. Do Christians believe he was born of a Virgin Mother? YES
A chaste and pious human woman who gave birth to Jesus Christ, the second member of the Trinity, the Son of God, and at the same time "fully" God Almighty in every respect.
Christians believe however, that while she was a virgin, she was married to a man named Joseph (Bible: Matthew:1:18). According to Matthew 1:25, Joseph "kept her a virgin until she gave birth to a Son; and he called His name Jesus".

3. Do Christians believe he had a miraculous birth? YES
"Now the birth of Jesus Christ was as follows. When His mother Mary had been betrothed to Joseph, before they came together, she was found to be with child by the Holy Spirit" (Bible: Matthew 1:18)

4. Do Christians believe he performed miracles? YES


"And now, Lord, look upon their threats, and grant to thy servants to speak thy word with all boldness, while thou stretches out thy hand to heal, and sign and wonders are performed through the name of thy holy servant Jesus (Bible: Acts 4:30).
Christians believe that Jesus performed these miracles because he was the Son of God as well as the incarnation of God. 

5. Do Christians believe in the Trinity? YES
With the exception of the Unitarian Christians, who do not believe in the Divinity of Christ, the Trinity, according to the Catholic encyclopedia, is the term used for the central doctrine of the Christian religion. The belief is that in the unity of the Godhead there are Three Persons, the Father, the Son, and the Holy Spirit. These three Persons or beings are distinct from each another, while being similar in character: uncreated and omnipotent.
The First Vatican Council has explained the meaning to be attributed to the term mystery in theology. It lays down that a mystery is a truth which we are not merely incapable of discovering apart from Divine Revelation, but which, even when revealed, remains "hidden by the veil of faith and enveloped, so to speak, by a kind of darkness" (Const., "De fide. cath.", iv). The First Vatican Council further defined that the Christian Faith contains mysteries strictly so called (can. 4). All theologians admit that the doctrine of the Trinity is of the number of these. The Catholic Encyclopedia notes that of all revealed truths, this is the most impenetrable to reason.




6. Do Christians believe that Jesus was the son of God? YES


"For God so loved the world that He gave His only Son that whoever believes in Him should not perish but have eternal life. For God sent the Son into the world, not to condemn the world, but that the world might be saved through Him (Bible: John 3:16).
However, it is interesting to note that the term "son of God" is used in other parts of the Bible to refer to Adam (Bible: Luke 3:38), Israel (Bible: Exodus 4:22) and David (Bible: Psalms 2:7) as well. The creatures of God are usually referred to in the Bible as children of God.

The role of Paul of Tarsus in shaping this belief and the belief in Trinity
The notion of Jesus as son of God is something that was established under the influence of Paul of Tarsus (originally named Saul), who had been an enemy of Jesus, but later changed course and joined the disciples after the departure of Jesus.
Later, however, he initiated a number of changes into early Christian teachings, in contradiction, for instance, to disciples like Barnabas, who believed in the Oneness of God and who had actually lived and met with Jesus.
Paul is considered by a number of Christian scholars to be the father of Christianity due to his additions of the following ideas:
    • that Jesus is the son of God,
    • the concept of Atonement,
    • the renunciation of the Law of the Torah.
Paul did these things in hopes of winning over the Gentiles (non-Jewish people). His letters are another of the primary sources of information on Jesus according to the Christian tradition.
The original followers of Prophet Jesus opposed these blatant misrepresentations of the message of Jesus. They struggled to reject the notion of the Divinity of Jesus for close to 200 years.
One person who was an original follower of Jesus was Barnabas. He was a Jew born in Cyrus and a successful preacher of the teachings of Jesus. Because of his closeness to Jesus, he was an important member of the small group of disciples in Jerusalem who had had gathered together following the disappearance of Jesus.
The question of Jesus's nature, origin and relationship with God was not raised amongst Barnabas and the small group of disciples. Jesus was considered a man miraculously endowed by God. Nothing in the words of Jesus or the events in his life led them to modify this view.
The Gospel of Barnabas was accepted as a Canonical Gospel in the Churches of Alexandria till 325 CE Iranaeus (130-200) wrote in support of pure monotheism and opposed Paul for injecting into Christianity doctrines of the pagan Roman religion and Platonic philosophy. He quoted extensively from the Gospel of Barnabas in support of his views. This indicates that the Gospel of Barnabas was in circulation in the first and second centuries of Christianity. 
In 325 (CE), a council of Christian leaders met at Nicaea and made Paul's beliefs officially part of Christian doctrine. It also ordered that all original Gospels in Hebrew script which contradicted Paul's beliefs should be destroyed. An edict was issued that anyone in possession of these Gospels would be put to death.
The Gospel of Barnabas has miraculously survived though.

7. Do Christians believe he was killed on the cross? YES
This is a core Christian belief and it relates to the concept of atonement. According to this belief, Jesus died to save mankind from sin. However, this is not stated explicitly in the four gospels which form the primary source texts of Christianity. It is found, however, in Romans 6:8,9.
Christians believe Jesus was spat on, cut, humiliated, kicked, striped and finally hung up on the cross to endure a slow and painful death.
According, to Christian belief, the original sin of Adam and Eve of eating from the forbidden tree was so great that God could not forgive it by simply willing it, rather it was necessary to erase it with the blood of a sinless, innocent Jesus.

Resurrection
The four Gospels and the Epistles of St. Paul are the main sources of Christianity which discuss the Resurrection of Jesus after his crucifixion. According to St. Matthew, Jesus appeared to the holy women, and again on a mountain in Galilee. Mark's Gospel tells a different story: Jesus was seen by Mary Magdalene, by the two disciples at Emmaus, and the Eleven before his Ascension into heaven.
Luke's Gospel says Jesus walked with the disciples to Emmaus, appeared to Peter and to the assembled disciples in Jerusalem. In John's Gospel, Jesus appeared to Mary Magdalene, to the ten Apostles on Easter Sunday, to the Eleven a week later, and to seven disciples at the Sea of Tiberias.
Another account of the resurrection by St. Paul is found in Bible: Corinthians 15: 3-8.
According to Christian belief, Resurrection is a manifestation of God's justice, Who exalted Christ to a life of glory, as Christ had humbled himself unto death (Phil., 2: 8-9). This event also completes the mystery of Christian salvation and redemption. The death of Jesus frees believers from sin, and with his resurrection, he restores to them the most important privileges lost by sin (Bible: Romans 4:25).
More importantly, the belief in the resurrection of Jesus indicates Christian acknowledgment of Christ as the immortal God, the cause of believers' own resurrection (Bible: I Corinthians 4: 21; Phil., 3:20-21), as well as the model and the support of a new life of grace (Bible: Romans 4: 4-6; 9-11).
[Read more]

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Posted On // 1 comment
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

[B]1. Bersahaja[/B]

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

[B]2. Senang Bersama[/B]

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

[B]3. Terima Kita Seadanya[/B]

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

[B]4. Sentiasa Jujur[/B]

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

[B]5. Percaya Mempercayai[/B]

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

[B]6. Senang Bekerjasama[/B]

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

[B]7. Memahami Diri Kita[/B]

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

[B]8. Tampilkan Kelemahan[/B]

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

[B]9. Kata Hati[/B]

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

[B]10. Solat Istikharah dan Tawakkal[/B]

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
[Read more]

Wanita Pertama Menghuni Syurga

Posted On // 1 comment
Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.

Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.

Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.

Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.

Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam
[Read more]

RELEVANKAH NIKAH GANTUNG?

Posted On // Leave a Comment

Untuk mengurangkan gejala sosial yang melibatkan jenayah seperti Zina, Rogol dan buang bayi sememangnya tidak selesai hanya dengan adanya nikah gantung atau nikah khitbah. Namun pun begitu, ia dapat mengurangkan masalah sosial yang berlaku.

Penyelesaian yang berkesan dalam masalah ini ada satu sahaja. Iaitu melaksanakan undang-undang Allah (hudud) di bumi Malaysia. Inilah satu-satunya penyelesaian bukan sahaja menyelesaikan masalah tersebut, malah boleh menyelesaikan masalah dalam kes-kes yang lain.

Oleh kerana undang-undang kita berformatkan hukuman manusia (sekular) tidak mengikut skema hukuman pencipta, yakni Allah Rabbul Jalil, maka timbullah cadangan nikah gantung ini. Biarpun tidak mampu membendung 100%, namun ia dapat mengurangkan kadar pembuangan bayi dan jenayah zina bawah umur. Saya menyokong penuh Pemuda PAS mempromosi nikah gantung bagi mengurangkan gejala tidak bermoral tersebut.

'Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi' - Malaysiakini

perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.
[Read more]